Monday, November 18, 2013

Tentang Ammar

Bismillahirrahmanirrahim.

Ahmad Ammar Ahmad Azzam. Rupanya kita pernah berselisih dalam kehidupan ini dalam kem SAKTI.

Pondok tempat tinggal masa kem SAKTI


 Dapat berita dari Ustaz Hasrizal.

Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.
Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.
Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.
Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.
Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.
Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akan dikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.
Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.
Impian Ammar, adalah realiti kita.
إنا لله و إنا إليه راجعون


Pemergianmu membuka mata hati dan minda. Pergi sebagai syahid, pengakhiran husnul khatimah.



 



Saturday, November 9, 2013

Bermula Di Sini

Bismillahirrahmanirrahim.

Post ni bertujuan sebagai tribute untuk rumahyang kami duduk sekarang. Dec 2013 bulan last duduk sini, lepas tu pindah. Aready have the new place in mind, insya Allah. Doa semoga semua dimudahkan untuk pencarian dan pindah rumah baru.

So kami jumpa rumah ni dari mudah.my bulan Dec 2011. Masa tu lah detik permulaan nak hidup berdua suami isteri. Sebelum ni duduk rumah mak aku atau MIL. Masa ni kami jaga arwah datuk kat hospital Selayang. So cari2 yang dekat2 supaya senang nak ulang-alik.




Rumah ni experience pertama kami menyewa rumah. Masa ni agak desperate so grab je ape yang ada. Rumah 3 bilik, 2 bilik air, partially furnished (1 katil + tilam, almari, dressing table, sofa, carpet living hall, dapur masak + tong gas, washing machine, 2 meja standard size, 2 side table/coffe table, kipas stand 2). Sewa RM950. Kami masuk Januari 2012.



Kami pergi IKEA dan Giant and beli apa2 yang patut. Ini je gambar yang ada masa awal2 duduk lepas tambah furniture yang kami beli. And kat rumah ni jugak la baru nak guna barang2 hadiah kahwin heheh.




Alhamdulillah, living in this house seriously worth an experience. Aku sebagai orang yang memang duduk asrama hampir my whole life, honestyly memang tak reti sangat nak kemas2 rumah ni, apetah lagi nak decorate itu ini. Simple2 je, bak kata Abah rukun je! Rumah ni alhmdulillah besar untuk 2 orang manusia tinggal, untuk satu keluarga memang tak la kan, tu pun aku rasa penat betul kemas! Kalau menyapu habuk lagilah, selalu ada habuk sebab tingkat 11, angin bawak habuk masuk huhuh.