Friday, November 21, 2014

Bits and Pieces of My Delivery and Postnatal

Bismilahhirrahmanirrahim...

Ada beberapa benda nak tulis untuk memory-keeping hehe.

Ummi dan Abi

Afnan ni cucu pertama Ummi dan Abi. Tapi sepanjang pemerhatian aku, masa aku mengandung, both of them relax je, takde lah excited or terlalu protective ke. Memang biase je. Kadang-kadang bila aku update dorang pasal checkup pun, respon biase biase je. Sebab tu masa suami aku whatsapp family bgtau aku dah 3 cm dilated and kene masuk wad dah, aku memang terkejut dengan respond dorang. Ummi terus suruh adik aku, maid and nenek aku siap untuk tinggal rumah aku and ayah aku terus book flight ke KL. Ayah aku cte siap cakap dengan PA lepas dapat tau tu, tutup pintu, taknak jumpa siapa siapa dan can cel semua appointment. Macam mane la tak touching kan. Masa Ummi datang hospital nak ambik kunci rumah, nampak dah excited sikit sikit hehe. Suami aku ikut balik, nak tunjuk jalan rumah.

Pastu yang terharunya lagi, Abi touchdown KL dan sampai rumah terus datang hospital dalam 11pm gtu. Tapi masa tu aku dah masuk bilik bersalin. So tak dapat jumpa. Suami aku je jumpe sebab die nak pegi toilet kat bilik wad kami. PAstu dorang balik, and aku bersalin 1.18am tu, tengok tengok pukul 3am atau 4am, Ummi dan Abi terpacak kat bilik hantar bubur nasi dan sup ayam. Perghh touching sehh. And of course la dorang nak jumpa cucu dorang. hehe

Afnan with Wan & Tok Abi


Pastu dorang balik, pukul 9am sampai lagi hantar makanan. Pastu dorang balik. Ktorang tunggu kebenaran untuk discharge.

Bila sampai rumah, lagila aku touching. Memang sibuk la ni Ummi especially sediakan itu ini, kelengkapan rumah aku yang tak berapa lengkap. Yelah selama ni tinggal berdua je. Ni tiba-tiba 7 orang nak berkampung. Dorang siap ambik barang dari rumah Shah Alam kot. Memamng luar biasa penjagaan dan perhatian yang diberi. For that, I am very grateful Alhamdulillah.

Dorang siap berebut-rebut lagi nak pegang Afnan kat rumah. Ummi sendiri memang mention die sendiri tak sangka die akan berperasaaan macam ni, ye lah sayang cucu dengan sayang anak memang berbeza. Pastu yang paling extreme Abi kata, "now I can die peacefully" risau betul aku tak mengandung mengandung huhu.

Berpantang.

Pasal pantang ni memang aku nak rekod untuk rujukan masa depan hehe. Dan aku rasa ramai je orang macam aku, asyik google je nak tau pantang ni macam mana. Apa apa pun pantang ni takde betul takde salah. Yang penting kita sihat.

Alhamdulillah aku berpantang kat rumah sendiri. Aku rasa tips paling penting, berpantang lah kat rumah yang kita selesa. Macam aku ni memang banyak hal sikit, toilet mesti toilet yang aku biasa, pastu rumah aku ni memang ada water heater dalam bilik air so senang sikit. Dan rumah sendiri sebab yelah barang keperluan kita semua kat sini, takdelah nak packing packing pulak kalau nak pantang kat tempat lain kampung etc.

Second, kesihatan diri. Apa yang aku rasa, mula-mula tempat kena jahit tu la, kadan-kadang nak bertapak pun sakit. So baring je, tapi baring pun tak selesa, duduk kat kerusi lagila. Dan Ummi bagi rutin yang aku tak pernah pun baca or dengar orang cakap. Tapi memang mujarab beb dengan izin Allah; berendam dengan air garam. Lepas mandi aku akan berendam dengan air garam, memang everyday rasa lebih baik Alhamdulillah, by hari keempat tu memang rasa sihat sangat sangat and then masa tu lah nak buat silap. Sebab rasa sihat, boleh pulak pegi IKEA, dengan Afnan pulak tu. Malam tu memang bisa sangat sangat sangat. Sampai menangis aku. Semua orang pun stress, ye la masing-masing tau tu salah tapi semua pun pegi jugak skali. Lepas tu memang aku betul betul jaga la. Memang ikut rutin pantang Ummi betul betul. Basically:

1. Berendam dengan air garam. Oh lupa, air garam ni basah basah kan breast nipple pun memang mujarab MAsya Allah. Nipple memang akan crack kan, selalu aku dnegar orang guna nipple cream untuk tu tapi aku tak beli pun. Taktau macam mane nak sapu pastu nanti Afnan minum susu tak ke die terasa rasa cream tu huhu. Lepas selalu basahkan dengan air garam, memang smooth sailing breastfeeding ALhamdulillah. Kalau tak tu, rasa stress je. Dah la luka bersalin masih sakit, menyusu pun sakit. So air garam is the remedy insya Allah

2. Makanan.pulak, basically semua bakar bakar dan sup. Takde ape sangat. Aku just tak minum air sejuk, benda manis manis dan pedas pedas. Ikut pemahaman aku untuk tak gemuk dan makanan yang boleh effect luka la. Masa pegi Ikea tu aku makan salmon tu, memang rasa bisa tempat luka tu huhu. Sebab cara masak and ramuan ramuan die kot huhuhu

3. Pakai stokin dan sweater. Aku tak tau orang lain, tapi aku memang lepas bersalin cepat je rasa sejuk, memang 24jam pakai stokin, masuk bilik air je tak. Sweater kadang kadang pakai kadang kadang tak. Yang penting kalau sejuk tu sampai ke tulang memang sangat tak selesa.

4. Jangan takut walaupun banyak trauma. AKu rasa trauma pertama berjalan, sebab sakit kat bawah tu kan. PAstu trauma buang air kecil dan besar. Memang tak boleh dilayan sangat. Buat je macam biase. Lagi cepat kita lawan rasa trauma tu, lagi cepat sihat insya Allah. Sepanjang berpantang ni memang aku banyak cakap kat suami, tak sabar nak badan sihat rasa normal semula.

5. Banyak minum air kosong. First untuk breastfeeding, second untuk lancarkan penghadaman dan perkumuhan.

6. Berurut, aku ikut Ummi kata lepas habis pantang baru urut. BEngkung? Nak sangat pakai, tapi haha beli pun tak lagi. Aku lagi excited nak exercise!! Yeahhh!

Yang penting masa aku masih sakit tu the first week of berpantang, memang apa yang aku buat cuma menyusu Afnan sahaja dan urus diri sendiri. Takde buat benda benda lain. ALhamdulillah the support I get from my family is superb. Memang sebenarnye ibu baru bersalin ni kena fokus sihatkan diri sendiri dulu, sebab selagi tak sihat, selagi tu banyak benda tak boleh buat and ye lah susahkan hati orang lain. Kena mintak tolong orang je. If you can get any support from family or friends, accept je. Takyah fikir-fikir. Memang kita perlukan. :)

Review Gombak Medical Centre dan Dr Noor Hamiza







Masa nak decide pilih hospital mana untuk bersalin, memang antara faktor utama kami pilih berdasarkan bajet. Personally aku dan suami tak kisah tentang doc lelaki or perempuan. Tapi concern aku, nak bilik sendiri, taknak share share. Sebab tu lah walaupun faktor kewangan, hospital kerajaan memang not in our list. Boleh je nak dapat bilik sendiri, kalau 1st class kan, tapi susah, orang bersalin ni ramai at the one time huhu. Dan GMC ada sediakan katil untuk suami jugak. Best best.

Banyak jugak dalam list masa tu. Last sekali antara dua UMRA atau GMC. UMRA sebelah rumah Ummi kat Shah Alam, GMC dekat rumah ktorang. Mula-mula memang ingat nak berpantang rumah Ummi, tapi last last Ummi kata better kat rumah sendiri, takde la nak berpindah randah pulak.

So ktorang start checkup kat GMC masa aku dah 28 weeks macamtu. So we met Dr Hamiza, and automatically beliau jadi our official gynae. Everytime checkup memang sangat interesting, sangat friendly, motherly and tau je apa parents-to-be ni excited nak tau. Memang interesting setiap kali checkup. Masa aku bersalin pun, aku adore and respect cara die handle aku.


Aku tak tahan nak teran masa tu dah 7cm dilated, aku terjerit "saya nak berak!" doc terus berubah jadi tegas, "haa nurur tak boleh macam ni, nanti koyak kat bawah tu, awak kena tahan"

Masa aku tak larat nak teran dah, doc ckp" haa td masa 7cm tu awk teran dah betul, masa ni buat macam tadi, sekarang memang nak kena teran"

Dan masa aku nak nangis tak dapat teran keluarkan Afnan, "awak jangan nangis, nanti baby yang tak nangis lambat keluar" Doc yang bijak kawal suasana dan emosi patient. Bravo doc! Walaupun aku rasa aku bukan patient terbaik doc hahah. Dan memang respect, aku bersalin 1.18am, lepas aku setel ada orang lain lagi nak bersalin. Pastu 10am nanti dah masuk jaga klinik. Memang luar biasa energy doc.


Total bil, untuk 2malam, vaksin baby, ubat tahan sakit (yang aku rasa tak kurangkan apa-apa pun), delivery makan semua ialah RM 1650. 4 star aku bagi untuk semua service. Masa aku bersalin, team DR HAmiza + 2 orang nurse. Sorang bagi support fizikal, urut2, tolong tekang perut sikit sikit push Afnan, sorang support mental and guide breathing method. And suami aku cheer leader hehehe. In the future GMC boleh tambah lif. Untuk orang masih mengandung and nak bersalin tak kisah pakai tangga lagi bagus sebenanye, tapi lepas bersalin tu, memang slow habis la turun. sangat berjaga-jaga hehe.

So tu lah sikit sikit coretan memori kelahiran pertama aku dan suami hehe. Wish us all the best throughout this new phase!! lagi 19 hari habis pantang yeay!

No comments:

Post a Comment