Tuesday, October 6, 2015

Lelaki Itu

Bismillahirrahmanirrahim

Sepanjang hayat aku, seingat aku lah, aku memang tak gemar berkawan dengan lelaki. Dulu aku tak tau kenapa. Yang penting aku cepat annoyed, menyampah, benci tak bertempat dan macam-macam perasaan negatif dekat kaum lelaki. Bila dah besar dan discover sesuatu, baru aku faham kenapa aku ada perasaan macam tu. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita tentang seorang lelaki. Satu-satunya lelaki selain ayah dan adik yang aku selesa dengan kehadirannya.

Tak lain tak bukan, suami aku sendiri.

Beliau ialah seorang lelaki yang sangat luar biasa di mata aku. Sebelum kahwin, tak nampak langsung keluarbiasaannya tu huhu. Orang kata jodoh ketentuan Allah kan :) Semua yang luar biasa nampak lepas kahwin. Atau mungkin perkahwinan mengubah kami berdua. Aku makin menghargai, dan beliau semakin matang.

Dulu, di suasana kerja ku dahulu, semacam ada pertandingan senyap suami siapa paling gentleman, suami siapa yang pandai retail, suami siapa yang pandai present, suami siapa paling ringan tulang, suami siapa itu, suami siapa ini. Keadaan itu sangat sangat sangat tidak sihat bagi aku. Tak perlu diceritakan lebih panjang. Kini, aku seorang WAHM, working at home mom. Menjaga permata hati dan juga menguruskan perniagaan Wadhiah Clothing.

Suasana yang berbeza ini membuatkan aku mengenali suamiku dengan lebih dekat dan juga tanpa prejudis. Kedengaran seperti jahat kan. Tapi sejujurnya itulah aku. Skeptikal tahap giga. Sebab tu aku suka untuk menuntut ilmu yang betul, mendapat maklumat dari sumber yang benar-benar sahih. Aku tak mudah percaya sesuatu berita atau kenyataan melainkan ada bukti kukuh.

Suamiku seorang yang sangat bertoleransi dalam urusan rumahtangga. Beliau boleh cuci bilik air, boleh basuh pinggan, boleh masak, boleh iron baju sendiri, boleh sapu rumah, boleh mop lantai. Katakan apa saja. Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami ku.

Suamiku seorang Abah yang bagiku sangat luar biasa sifat penyayang dan lemah lembutnya. Seringkali dalam hidup aku melihat watak seorang Ayah yang tak banyak cakap, selalu tengok tv, tak layan anak cakap/main, tak tolong jaga anak kalau keluar, pergi kerja balik kerja tidak luangkan masa dengan anak sebelum tidur. Tetapi suamiku sangat berbeza. Permata hatiku dikurniakan oleh Allah, Abah yang sangat menyayanginya, sepenuh hati. Suamiku selalu mandikan anak, bagi makan anak, main dengan anak, bacakan buku untuk anak, bawak anak keluar main. Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami ku.

Suamiku kerja 9am-6pm, seringkali aku mendengar orang yang bekerja sendiri mengagungkan keistimewaan dapat bekerja dengan anak, dapat melihat anak membesar depan mata. Sejujurnya aku katakan, suamiku walaupun bekerja tetapi anakku dan beliau mempunyai satu hubungan yang istimewa dan mereka mempunyai hubungan kasih sayang yang kuat. Setakat ini, tak pernah lagi dirasakan suamiku seperti terlepas apa-apa perkembangan permata hati kami. Beliau sentiasa dengan kami di waktu biasa atau waktu istimewa.

Terlalu banyak memori susah dan senang bersama dengan suamiku. Kini kami telah berkenalan selama 8 tahun, berkahwin selama 4 tahun, tetapi aku masih lagi kagum dengan personaliti beliau yang semakin hari semakin menambat hatiku. Sangat jauh berbeza, dari saat pertama berkenalan sehinggalah hari ini. Mungkin aku juga sama. Betul lah orang kata, 10tahun pertama perkahwinan baru fasa pertama berkenalan. Jauh lagi perjalanan kami.

Suamiku ada masanya berkata kepada aku, "Dua hari hujung minggu ni, rehat je. Biar saya buat semuanya" Dari mandikan anak pagi dan petang, layan anak, masak tengahari dan malam, kemas rumah, suamiku luar biasa. Walaupun beliau sendiri bekerja Isnin-Jumaat, keluar rumah 7am, balik rumah 7pm.

 Orang sering berkata, "oh kalau suami tolong itu dan ini baru nak sayang?' Itulah realiti kehidupan, kita menyentuh hati orang dengan kebaikan, kejujuran dan keikhlasan; hatta pasangan suami isteri, adik-beradik, ibu bapa. Bukan dengan orang asing atau kawan-kawan sahaja.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur mendapat beliau sebagai suami. Semoga Allah merahmati beliau dan memberkati perkahwinan kami seterusnya merealisasikan pertemuan kami seterusnya di syurga.

No comments:

Post a Comment