Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah sekarang another 4 weeks to go!! Entah kenapa
masa aku tgh 7 bulan aku nervous gle semacam, tapi sekrang tak dah. Mungkin
jugak sebab aku bukan nervous bersalin ke ape, nervous sebab masa tu belum beli
satu benda pun untuk baby and aku. Alhamdulillah sekarang ni 98% dah setel
insya Allah.
Alhamdulillah seond trimester aku memang banyak gle jalan
kesana sini. Ipoh, Kuantan, Johor, Labuan involve dengan volunteering, buat
kerja2 NGO, handle majlis kahwin, macam-macam Alhamdulillah. Masa tu pun puasa
dan raya, attending open houses lagi hehe. Perut makin besar makin besar.. Baby
dah tak kicking manja dah, memang rasa every corner of the body. Rasa punggung
kat mana, kepala kat mana, tangan, kaki, lutut. Pernah experience die tersedu
hehe comel comel.
Last travel long distance haritu pegi Kuantan at 33 weeks.
So far, sepanjang pregnancy Alhamdulillah bengkak kaki, sakit pinggang belum
ada, bacaan darah, gula semua masih okay. And aku masih belum kena bagi minum
air gula lagi. Taktau la bile tu agaknya. Injection kancing gigi dah dapat
sekali. Tu je.
Sekarang susah nak tidur malam. Kalau tidur pun mesti bangun
balik 3 jam lepastu and stay awake sampai la ke Subuh. Practice agaknye, nanti
baby mintak minum susu malam malam hehe.
Lagi satu sekarang cepat sangat lapar. Aku fikir agaknya
sebab tu ada orang throughout pregnancy ok, tapi masih saat akhir, kena kencing
manis and darah tinggi. Tapi seriously tak boleh nak control lapar tu huhu.tapi
aku beringat ingat lah jugak, ye la bahaya untuk diri sendiri and baby jugak
kan.
Kadang-kadang pagi akan rasa loya, ada glimpses of the first
trimester days hehe. Tapi terkawal Alhamdulillah.
Sekarang jalan ada masa boleh laju, ada masa tak penat. Ada
masa nak jalan setapak pun rasa beratnye perut ni!! Haha. Naik tangga pun
Alhamdulillah okay lagi.
Semoga Allah memudahkan dan melancarkan kelahiran anak
pertama kami ini. Semoga Allah beri kekuatan fizikal dan mental untuk aku
semasa sakit bersalin nanti. Semoga Allah bagi ilham untuk aku push dengan
mudah dan sekejap. Semoga Allah tenangkan aku dan suami nanti. Semoga baby dan
aku sihat, selamat dan sempurna. Amin amin ya Rabbal alamin.. :)