Friday, November 21, 2014

Kelahiran Ahmad Afnan bin Zulfadli

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, aku dah selamat deliver anak sendiri! Serius something yang amazing Masya Allah. :)

Nak tulis sikit apa yang aku rasa, pengalaman dan perasaan hehe.

Mengandung.

Alhamdulillah pengalaman mengandung yang amazing dan dilapangkan Allah dari masalah kesihatan yang serius. First trimester memang loya dan muntah muntah, tak selera makan. Elok je masuk hari pertama second trimester i was back to normal. Siap tertunggu-tunggu lagi nak muntah. Eh takde dah? Alhamdulillah :)

Second trimester hinggalah hari bersalin, aku banyak travel dan berjalan. Takde bengkak kaki, takde letih melampau, tak rasa berat. Dan yang paling best aku berjaya tamatkan pregnancy tanpa minum air gula!! That is an achievement i guess, since aku memang seriau dengar cerita orang minum air gula tu. Aku memang tak minum air manis, ni kan pulak air gula huhu. Sepanjang checkup pregnancy pun alhamdulillah, keadaan aku sentiasa sihat. Berat pun maintain. Berat aku sebelum pregnant 51 kg, hari bersalin berat 61 kg. Reach jugak 10 kg hehe.

Detik Permulaan Bersalin.

28 Nov 2014
Gambar before keluar rumah 28 Oct 2014
Pukul 4am, aku rasa sakit macam period. Confuse jugak mula-mula sebab dah 9 bulan tak rasa. Bila fikir-fikir balik ohh ni sakit senggugut, dah lama tak rasa ni, adakah ini tandanya? Jeng jeng jeng.. Aku relax je, cuma bila bangun tu aku mention je la kat Pali. Pastu pagi tu kami kemas rumah yg terakhir. Semalam nye pun memang kemas rumah kaw kaw punye. Sakit datang dan pergi, ada satu masa aku rasa dah konsisten so aku start catat.

It is 5 minutes apart already!! This is it. This is the contraction.


Ktorang pun start pack beg, (beg dah ready, cuma benda2 rasa perlu padahal tak perlu tapi nak jugak masukkan, last last menyempitkan ruang je)


Keluar rumah, pegi lunch dulu. Masa lunch tu dah rasa yang sakit kena stop dan fokus. Lambat jugak habis makan. Pastu singgah kedai jahit, nak hantar blouse, nak tambah zip jadi nursing blouse. Singgah 2 kedai, pastu baru ke destinasi perjuangan, Gombak Medical Centre. Huu masa ni aku takde perasaan lagi. Relax je cakap kat kaunter, saya rasa saya dah contraction (sambil bagi nota catatan masa tadi). Nurse tu banyak kali tanya, awak dah rasa sakit ke, awak dah rasa sakit ke? Being a first time mom, ape yang aku rasa masa tu aku ingat tu la sakitnye, aku pun aah je la.


So nurse pun bawak aku buat CTG. ni second time buat CTG, first time buat, semalamnye hahah. Semalam doc cakap aku dah ade contraction sikit sikit tapi aku tak rasa sangat. Bila result CTG keluar harini, doc kata contraction memang dah ada. Pastu doc cek bukaan, and ta-da! "Okay, awak dah 3 cm dah ni, dah boleh masuk wad ye :)" Masa ni macam excited je. Suami aku inform family members yang berkenaan. And what surprised me was my parents' responds. Tapi tu nanti aku cte.

So naik la ktorang pegi wad. Aku masuk masuk je, dalam hati, "ini ke bilik bersalin, macam bilik biase je, mane alat-alatnye?" Hahah. Rupenye wad ni means bilik kita la, aku ni kan baru 3cm nak tunggu bukaan duduk dalam wad la. Serius jakun. Aku memang tak pernah masuk hospital, tak pernah kena treat doctor, tak pernah makan ubat or whatsoever berkaitan dengan klinik/hospital. So lepak lepak la.


 Mase awal2 tu aku memang tak boleh duduk or baring. Aku round2 je bilik tu. Bile bosan aku klua, round kat luar pulak. Aku tak ingat start bila yang aku dah rasa sakit yang sakit, tapi masih boleh tahan lagi. Yang dah menggigil dan kena pegang tangan suami. Nurse masuk, and tanya aku nak ubat tahan sakit tak? Aku pun taktau nak buat decision, so whatsapp ummi. Ummi tanya berapa cm dah, masa tu doc baru cek aku dah 6cm, Ummi kata takpe sikit je tu lagi. so berjuang la dengan contraction yang makin lama makin dasyat.

Sampailah, pukul 1030pm, nurse datang, "Okay Puan, boleh pegi bilik bersalin sekarang" Masa jalan ke bilik bersalin tu pun dah kena stop stop, sebab nak fokus contraction. Sampai je dalam bilik bersalin tu, aku menangis hahahaha. Cakap kat suami, "takut...." hahah. Tapi apa apa pun, untuk first time mother, last last kte go with the flow je. Nak takut takut sangat pun, ada manusia kot nak keluar ni, bukan main main.




Dalam bilik bersalin tu la kemuncak contraction yang aku rasa memang dasyat, dan masa ni aku dah penat jugak. Exhausted gle. Dengan nak fokus breathing method masa contraction, dengan mengantuk nye, dengan sakitnye. Siap sementara tunggu contraction, aku lelap kejap.


 Bila aku mengerang kuat je, nurse datang cek bukaan. Ade sekali tu, doc yang cek, dah 7cm, tiba-tiba aku terjerit, "Saya nak berak!!" hahaha bila ingat balik memang lawak gle. Orang kata bila dah rasa nak teran tu dah nak dekat la kan masa untuk push. Tapi doc kata sebab aku anak pertama memang kena tunggu 10cm jugak, nanti koyak rabak pulak kan. Aku memang suke sangat dengan service Doc aku ni, nanti aku cte. Pandai die handle aku.

Akhirnya tiba masa kemuncak. "Okay awak dah boleh start push sekarang" Nak dijadikan cerita, aku ni tak reti pulak meneran. Bunyi teran lebih kat tekak je, bukannye teran muscle haha. Lebih 10 kali kot! Bile cte kat Ummi die kate orang 2-3 kali je. Memang patutla aku penat sangat. Sampai satu tahap aku rase nak nangis, doc cakap, "jangan nangis dulu, nanti baby yang tak nangis kalau lambat keluar" so fokus balik.

Alhamdulillah 1.18am 29 Okt 2014, lahir lah seorang anak lelaki, 2.85kg, Ahmad Afnan bin Zulfadli. :)


Pengalaman yang sangat eksklusif Masya Allah. And amazingly I can't remember the excrucriating pain at all! Tulah kuasa Allah. Patut pun bila tanya mak mak ni, dorang just jawab sakit. Atau sakit mcm senggugut, sebab tak dapat nak describe pun. Semoga Afnan menjadi anak soleh, harta dunia akhirat Abah dan Ummi. Amiin...

Wednesday, September 24, 2014

Can't wait to meet the baby.. :)



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah sekarang another 4 weeks to go!! Entah kenapa masa aku tgh 7 bulan aku nervous gle semacam, tapi sekrang tak dah. Mungkin jugak sebab aku bukan nervous bersalin ke ape, nervous sebab masa tu belum beli satu benda pun untuk baby and aku. Alhamdulillah sekarang ni 98% dah setel insya Allah.

Alhamdulillah seond trimester aku memang banyak gle jalan kesana sini. Ipoh, Kuantan, Johor, Labuan involve dengan volunteering, buat kerja2 NGO, handle majlis kahwin, macam-macam Alhamdulillah. Masa tu pun puasa dan raya, attending open houses lagi hehe. Perut makin besar makin besar.. Baby dah tak kicking manja dah, memang rasa every corner of the body. Rasa punggung kat mana, kepala kat mana, tangan, kaki, lutut. Pernah experience die tersedu hehe comel comel.

Last travel long distance haritu pegi Kuantan at 33 weeks. So far, sepanjang pregnancy Alhamdulillah bengkak kaki, sakit pinggang belum ada, bacaan darah, gula semua masih okay. And aku masih belum kena bagi minum air gula lagi. Taktau la bile tu agaknya. Injection kancing gigi dah dapat sekali. Tu je.

Sekarang susah nak tidur malam. Kalau tidur pun mesti bangun balik 3 jam lepastu and stay awake sampai la ke Subuh. Practice agaknye, nanti baby mintak minum susu malam malam hehe.
Lagi satu sekarang cepat sangat lapar. Aku fikir agaknya sebab tu ada orang throughout pregnancy ok, tapi masih saat akhir, kena kencing manis and darah tinggi. Tapi seriously tak boleh nak control lapar tu huhu.tapi aku beringat ingat lah jugak, ye la bahaya untuk diri sendiri and baby jugak kan.

Kadang-kadang pagi akan rasa loya, ada glimpses of the first trimester days hehe. Tapi terkawal Alhamdulillah.

Sekarang jalan ada masa boleh laju, ada masa tak penat. Ada masa nak jalan setapak pun rasa beratnye perut ni!! Haha. Naik tangga pun Alhamdulillah okay lagi.

Semoga Allah memudahkan dan melancarkan kelahiran anak pertama kami ini. Semoga Allah beri kekuatan fizikal dan mental untuk aku semasa sakit bersalin nanti. Semoga Allah bagi ilham untuk aku push dengan mudah dan sekejap. Semoga Allah tenangkan aku dan suami nanti. Semoga baby dan aku sihat, selamat dan sempurna. Amin amin ya Rabbal alamin.. :)

Monday, September 1, 2014

Senarai Barang Baby (Anak Pertama)

Bismillahirrahmanirrahim.

This is again for my reference for the future insya Allah. The reason why I bought this and that boleh refer previous post titled The Plan.

Baby's Apparel


Short Pants
Short Pants
Vest&Pants (short sleeves, long pants)
Vest&Pants (long sleeves, long pants)
Long Pants (Sleeping Suit)
Vest Short Sleeves
Vest Short Sleeves

Romper
Romper
2 set Mittens
2 set Booties
Hat
2 Leggings/Seluar Jumper


Baby's Other Items (Toiletries, Travel Gear, Bedding)

Portable Baby Cot
Car Seat
Boba Wrap
Newborn to Toddler Tub with Sling and padded headrest

Blanket
2 Alas Baring/Tidur/Main

Disposable Diaper (88 keping)
Receiving Blanket
2 Towel Mandi
2 Baby Wipes (no acohol no fragrance)
Baby Head to Toe Wash
3 Burp Cloth
Diaper Changing Mat
2 Swaddle


For Ummi (Basically for breasfeeding only; I am a fulltime housewife, insya Allah will be exclusively breastfeeding)

Nursing Blouse
Nursing Cover
Nursing Bra
Breastpad

So far ni je yang dah beli, will keep updating the list insya Allah. This is my preferences, lain orang lain keperluan dan lain budget kan. Ape2 pun I'm enjoying my nearly end pregnancy, another 1 month and a half to go!!

Thursday, August 28, 2014

The Plan

Bismillahirrahmanirrahim.

So, I'm entering my 32 weeks of pregnancy Alhamdulillah. Basically just nak record our plan as the parents for the baby.

Sleeping

1. No buaian at all.

2. Ktorang ada beli Mothercare Portable Baby Cot so baby tidur dengan ktorang and to ensure ktorang tak penyek kan die hahaha. Dah besar sikit nanti baru beli baby cot, tidur sendiri dalam tu.

3. Would like the baby to feel comfort to sleep walaupun atas tikar biasa je, means alas and then boleh tidur. Senang kalau tukar2 environment nanti. Parents baby dah la kuat berjalan. Kena train la tu kan.

Travelling

1. For now beli carseat je. Ikut kemampuan jugak. Nak beli stroller terus memang tak mampu huhu. Beli SCR 7 je, baca2 review boleh attach dengan stroller SCR jugak. So insya Allah berbaloi lah kot, boleh guna untuk future children jugak car seat and stroller. Dan carseat antara benda pertama jugak beli ialah untuk kemudahan aku. Nanti kalau nak keluar dengan baby, memang sah2 la letak dalam carseat kan. Suami kat keje.

2. Lagi satu Boba Wrap tapi ni belum beli. I just want to carry the baby without hassle. Setakat ni memang tengok and rasa leceh je orang yang guna stroller. Kalau tempat sempit2 lagi huhu. Carseat tu beli first thing come to my mind, kalau makan kat restoran nak letak baby kat mane? Stroller tak suke, car seat okay jugak, selalu jugak tengok orang buat. Letak kt kerusi sebelah or atas meja je. That or makan je la sambik berboba wrap ;)

Diaper

1. Memang semangat nak ber-cloth diaper memandangkan aku pun suri rumah. Tapi adaptation process maybe 3 bulan ++ pakai disposable je, lepas tu baru nak berlatih cloth diaper. Sebab utama mesti lah nak jimat hihi. Walaupun beli satu je dah RM60. Takpe boleh pakai bertahun-tahun :)

Milk

1. Insya Allah moga Allah murahkan rezeki dan kurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk breastfeed sampai cukup 2 tahun.

2. And aku pun okay je nak breastfeed in public, so kena beli nursing blouse/nursing dress and nursing cover. Ada orang aku tau memang dorang mesti masuk bilik kalau anak nak menyusu, and aku tengok situasi tu buat pergerakan, aktiviti, dan perhubungan dengan orang lain limited. Insya Allah will practice this.

Labour

1. Insya Allah will be delivering at GMC (Gombak Medical Centre) with Dr Noor Hamiza. Forst time checkup dengan Dr haritu terus suka. Very soft and gentle. Banyak bagi info. And masa tu jugak first time dapat tengok features baby, mata, hidung, mulut. Takyah 3D pun rupenye hehehe. Boleh la bayangkan rupa die macam mana, ikut Abah ke ikut Ummi. At 30 weeks , the baby is now 1.8kg, kepala dah positioned kat bawah. Insya Allah bersalin normal. Amiinn....

For the meantime itu je lah dulu. Sekarang dah start beli baju baby sikit-sikit. Macam agak lambat kan huhu. Tu la excitement datang lambat. Weekend ni ada EXPO kat KLCC, insya Allah nak pergi and grab apa-apa reasonable sales there hehe.

Monday, August 11, 2014

Pregnancy Photos

Bismillahirrahmanirrahim.

Just for my records. :)

FIRST TRIMESTER

Ipoh: 1 Februari 2014. simptom/loya/morning sickness start 4 Feb (4 WEEKS/1 month)

UIA Gombak, Walimah Syed Marwan: 9 Februari 2014 (5 WEEKS/1 month)


Petaling Jaya, Walimah Thaaqhib: 25 April 2014 (13 WEEKS/3 months)


Thursday, May 15, 2014

Bila tak biasa jumpa doktor..

Bismillahirahmanirrahim.

Dari kecik, Ummi dan Abi tak pernah mendidik kami untuk bergantung pada ubat klinik/dotor/pharmacy kecuali vaksin vaksin tu la. Aku sendiri tak pernah telan panadol ke antibiotik ke. Ade orang jenis sakit kepala ke, selesema ke, demam ke, panadol atau klinik penyelesaiannya.


 Ummi memang selalu research on alternative treatment other than drugs. Yang pernah ktorang sefamily guna; Spirulina, Propolis, Myung, Herbalife, dan Homeopathy.

Alhamdulillah, di usia pertengahan 50an, kedua2 Ummi dan Abi tak meghidap kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kolestrol etc. Both of them memang amalkan Herbalife as sarapan dorang. Ahamdulillah.



Disebabkan didikan sebegini, aku sendiri sangatlah jarang pergi klinik untuk jumpa doktor. Boleh kira dengan jari, seriously. Bila kahwin, suami aku selalu hairan dan pelik. Suami pulak ada medical history dulu2, so memang selalu sangat jumpa doc and duduk hospital.

Bila pregnant ni, akhirnya pertemuan dengan doctor yang frequent. Setiap kali nak jumpe, setiap kali tu nervous, takut and macam2. Takut kena tanya tak boleh jawab la, takut die cek sana, cek sini la hahah.

Nak dijadikan cerita, everytime checkup kan kena ambik blood. So first time kena ambik tu (aku erius tak pernah kena ambik blood!) aku tengok je jarum sepanjang tu terus gerun, nurse pun cakap "jangan takut, stress, nanti urat tegang susah nak ambik" Aku pun tarik nafas and tengok tempat lain. Alhamdulillah first time smooth.



Second checkup pulak. Masa tu nurse nak ambik kat tangan belah kanan, tapi tak jumpa urat. Ya Allah sakitnye, jarum tu masuk pastu gerak2 kat dalam cari urat huwaaaaa. Sakit! PAstu sebelah kiri pulak cucuk, ALhamdulillah dapat. Aku tahan je... Bila keluar je dari bilik tu, nampak suami aku terus aku nangis KAHKAHKAH.

Anyway this is our first joy at 15 weeks. :) Alhamdulillah.