Friday, January 31, 2014

Rezeki, Gembira dan Air Mata

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah masuk Februari 2014. My 2 weeks of January was spent in a serene meaningful journey in Makkah and Madinah. Tapi tu akan diceritakan di post lain insya Allah.

Aku nampak satu luahan kat timeline Facebook semalam, ni aku screenshot.














Sekarang ni aku ada kat Ipoh, the first place ktorang duduk masa baru kahwin. Phase of struggling hard untuk hidup sehari-hari. Bukannye nak mati, tapi untuk sumber kewangan. Bila lalu tempat-tempat kat Ipoh ni, rasa sentimental dan emotional bila teringat kenangan-kenangan bagi flyers setiap hari without expecting anything, just for the sake of working. That is the only moment i felt being genuine in the business. The hardest moment yet still the best to be cherished.

Aku ada baca satu nasihat, nak kongsi:

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar) 
Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti. 
Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut. 
Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Keluarga Tercinta Sehingga Syurga.. Ameen

Takde duit nak makan, tu dah rasa.

Takde duit so kena duduk kat rumah je, tu dah rasa.

Orang cakap kat kita, takde duit, kita bagi duit makan dalam masa yang sama kita tak dapat makan, tu dah rasa.

Duit sikit, tapi prioriti banyak dan jadi tension, tu dah rasa. 

Dulu masa lost and searching, the reason selalu fight dengan husband dulu sebab hanya nampak duit sebagai rezeki. Dikelilingi oleh mereka yang mewah, yang seperti disebut dalam screenshot atas, makan sedap-sedap, beli baju sampai RM300-400, kereta mewah dan sebagainya.

Dan seperti dalam screenshot jugak, yes itu rezeki masing-masing. Dan seringkali aku lupa, bila mereka ada rezeki mereka, aku jugak ada rezeki aku yang orang lain tak ade. Bila dikelilingi mereka yang mewah dan encourage kita untuk capai keadaan itu, automatically kita inginkan kemewahan. Bestnya macam ni, bestnya macam tu. Dan tak pasal-pasal tertekan. Setiap kali jumpa tertekan. Kena question bila nak itu, bila nak ini. Dan itu membuatkan aku jadi kufur nikmat. Lupa yang goal kita bukan kemewahan bukan material.

Banyak benda dah menyesal. Takpe, pengajaran kehidupan.

Bila buka mata hati, Allah tunjukkan betapa banyaknya nikmat Allah bagi. Nikmat yang juga ialah rezeki. Yang selama ni, buat tak endah je..

Bila rasa kesempitan wang, perhatilah keadaan sekeliling sebelum mengeluh dan susah hati.

Bila orang lain bertembung dengan traffic jam sementara kita tidak, itu rezeki.

Bila orang lain kena beratur tunggu lif sebab tak larat naik tangga, kita naik tangga dan dapat rehat lebih awal, itu rezeki.

Bila orang ada masalah dengan in laws sementara kita tak ade, itu rezeki.

Bila kita mempunyai the BEST husband in the world, itu rezeki.

Bila masih hidup lagi satu hari itu rezeki.

Bila dapat belanja orang lain, itu rezeki.

Bila dapat hadiah atau peluang yang tak disangka-sangka, itu rezeki.

Bila ada kawan yang ingatkan kita tentang Allah, itu rezeki.

Bila keluarga kita sihat, itu rezeki.

Bila ada orang sayang kita, itu rezeki.

Rezeki semuanya dari Allah. Apa yang kita rasa, kita makan, kita pakai, kita bau, kita guna hari ni semuanya rezeki.

Bukan semata-mata duit sahaja yang namanya rezeki.

Peringatan untuk diriku yang sentiasa lupa.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment