Tuesday, February 11, 2014

Kembara Hidup: Tanah Haram Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum lagi lambat tulis baiklah aku cepat-cepat post pasal Umrah, nanti basi pulak. :D

So kami pergi bulan January 2014. Bila google masa tu musim sejuk. Semua kenalan aku yang dah Umrah tak pernah pergi masa musim sejuk, so takde reference sangat.


Apa yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas Umrah? Honestly, aku sendiri banyak sangat pertanyaan dan banyak sangat google, dan baca blog pengalaman orang yang dah penah pegi. Kalini aku pulak yang akan list down apa yang penting, apa yang tak perlu etc etc.

Aku pergi dengan suami, berdua je. Ikut pakej Rayhar Sdn Bhd. Boleh klik untuk pegi website company ni. Apa yang perlu buat mula-mula?


First, pegi tengok pakej yang disediakan. Apa yang kita nak kena tau dan kena tengok dan consider ialah:

1. Berapa hari berapa malam kita nak kat sana dan tarikh ; kami pegi 14 hari 13 malam

2. Jarak dari hotel ke Masjid Nabawi (semasa di Madinah) dan jarak dari hotel ke Masjidil Haram (semasa di Mekah) ; kami ambik yang jarak 250m-300m, dalam pakej Rayhar, ini paling jauh, tapi sebenarnye tak lah jauh sangat. Untuk kami yang muda-muda ni lagila takde alasan kan. Alhamdulillah.

3. Hotel berapa bintang, disediakan makan atau tidak. Alhamdulillah hotel kami 3 bintang tapi cantik dan selesa, makan breakfast, lunch, dinner disediakan.

Basically itu sahaja yang kena buat pilihan. Bila dah decide, serahkan deposit dan lepas tu kena sediakan dokumen-dokumen yang Rayhar perlukan. Kami pertama kali so taktau and tak bawak sekali. Kalau yang dah betul2 decide and ready nak pergi boleh je terus bawak dokumen2 yang aku senaraikan kat bawah ni.

1. Passport Antarabangsa. Ini memang serah terus pada company sebab nak uruskan visa.
2. Vaksin khas untuk Umrah (untuk imun badan dari virus selaput kepala)  buat klinik mana2, masa kami buat tu sorang RM 80. Pastikan klinik tu bagi kad/surat pengesahan kita dh kena suntik vaksin tu.
3. Gambar, size untuk visa, 3 keping.
4. Surat mahram. Untuk kami berdua, surat nikah. Salinan sahaja, perlu pengesahan dar Jabatan Agama Islam.

Itu sahaja dokumen yang perlu, bagi pada Rayhar dan tunggu Rayhar hubungi bila untuk serah bayaran total.

Dan Rayhar wajibkan untuk pergi ke kursus Umrah minimum sekali. Rayhar memang adakan kursus umrah hampir setiap minggu. Boleh request je pada Rayhar kita nak attend tarikh bila.

So Alhamdulillah semua dah setel urusan dan procedure dengan Rayhar. Sekarang cerita keperluan pulak. Sebelum pegi tu, aku memang tanya orang "Memang kena pakai warna putih je ke kat sana?" huhu sebab selalu kita nampak putih je kan. Nak kena beli ke semua putih2?

Sebenarnye tak payah. Basically apa yang ktorang bawak, pakaian hari2 macam biasa, ada bawak jubah 2-3 helai. Untuk lelaki bawak kain ihram, perempuan bawa telekung. Basically bawaklah pakaian yang biasa kita pakai ke masjid. Aku ade je pakai tshirt panjang + seluar pastu pakai telekung and kain telekung. Nak pakai baju kurung pun boleh. Nak pakai selain warna putih n hitam pun boleh. Takde masalah. :) Asalkan tutup aurat.

Dari segi penjagaan kesihatan, Alhamdulillah ktorang sihat sepanjang kat sana. Aku sangat pasti kalau cuaca panas mungkin keadaan akan berbeza. Kami takde pakai vaseline untuk bibir kering ke panadol ke ape ke, cuma betul2 ambik nasihat ramai orang iaitu minum air kosong banyak2. Yes sangat membantu. Kami sampai Malaysia baru demam sikit2 maybe sebab perubahan cuaca.

Em ape lagi ye?

Nak bawak duit berapa? Bergantung pada niat bershopping anda semua, yang penting SR 1 sama dengan RM 0.80 mcmtu. Kalau takde nak shopping bawak untuk sedekah je kat sana pun dah okay dah insya Allah.

Ape ape pun sangat sangat bersyukur, Alhamdulillah semua urusan lancar. :)

Tu je lah setakat ni, nanti aku update semula apa2 yang teringat okay. :D




No comments:

Post a Comment