Tuesday, December 8, 2015

Our Second Joy: When We First Found Out

Bismillahirrahmanirrahim..

This is totally unexpected hahah. We planned to start TTC on March 2016 so that the baby will arrived when Afnan is 2 years old. But Allah's plan is always the best, right? Just like during my pregnancy with Afnan, I like to record the journey insya Allah. May this pregnancy went smooth and better like before.

1 Dec 2015
Feeling a bit uneasy. Uncomfortable. Badan rasa tak sedap. By tengahari, muntah untuk pertama kali. Masa ni dah pelik. Last muntah2 ni masa morning sicknesss Afnan. Could this be another pregnancy? Jeng jeng jeng!

2 Dec 2015
Muntah lagi pagi. Throughout the week, rasa takde selera, cepat lapar, tapi makanan tak boleh masuk. Loya sepanjang masa. I agreed with my husband, kalau seminggu macamni, kita buat pregnancy test.

7 Dec 2015
Sepanjang hari badan lemah, loya yang teruk, muntah 3 kali. Ada hint of sakit pinggang. Texted my husband and asked him to buy the pregancy test.

8 Dec 2015
5am: I did the test and voila!

Positive Alhamdulillah! Tapi tak tahu lagi dah berapa minggu. Next month la kot pegi checkup insya Allah, or end of this month.

Nausea on off. Kadang-kadang eh betul ke pregnant ni. Tapi nak tunggu hujung bulan baru pegi cek klinik.

Yang penting lapar setiap masa dan sembelit huhu. Sama macam masa pregnant Afnan dulu.

Feelings: As I said before, this is unexpected. But all in all, I'm grateful and excited at the same time. A bit sad for Afnan, kena betul2 plan Afnan's journey before his sister/brother arrived. Spend masa banyak2. Teach him to handle and take care of  himself. Teach him to help Ummi and Abah. Of course it will never be the same again kan bila dah ada sibling. May all is well until 40weeks of the pregnancy. Amin.

UPDATES

Almost 2 weeks tiba-tiba nausea dah takde, lapar tak konsisten. Almost no pregnancy symptom.

We went for an Ultrasond scan, on 21 Dec, there is a sac inside the womb Alhamdulillah, and a very thin line (supposedly the baby). No heartbeat. Doc said to come back after three weeks unless there is a bleeding or anything worrying.

23 Dec; I had a brownish spotting/stain.

24 Dec around midnight: I was bleeding. Bright red. Tak banyak macam period tapi tak juga terlalu sikit.

25 Dec: Went to see the Doc, the sac still in good shape, intact and everything. No sight of baby and no hearbeat. Doc gave multivitamin.

26 Dec: Bleeding on and off. now there is some clot sometimes. SOmetimes bright red, sometimes dark red. Sometimes, I'm having a little pain.Sekiranya kandungan dan kelahiran baby ni, memberi kebaikan kepada kami sekeluarga, meningkatkan iman, baby dalam keadaan yang sihat dan terbaik, juga umminya, peliharalah kami berdua. Sekiranya tidak, kami redha. :')

27 Dec: Took my evening bath at around 4pm, felt extremely starange around my tummy and downwards, macam menggelebeh terturun. Blodd clot dah banyak. Confuse sendiri, perut aku tak terturun pun macam ni sebelum ni (wpun buncit sikit hihu) Suddenly, a real pain struck. Nak berpijak pun sakit. Woke up my husband, had to tell my MIL. Pergi klinik. Sebab Ahad, banyak klinik tutup. Last sekali balik dulu, nak tunggu esok isnin baru pegi klinik lagi sekali.

Maghrib: i was officially miscarriaged. Innalillahi wa inna ilaihirojiun.. Masa taip ni pun rasa sedih lagi. Masa the 'baby' keluar, husband was at the masjid. Depan MIL and SIL aku control je la, bila suami dah balik, terus nangis....

28 Dec: D&C dan mula berpantang.

will wrote another about the miscarriage.

ps: this entry was written mengikut tarikh hence the different emotions at the beginning. :')







Tuesday, October 6, 2015

Lelaki Itu

Bismillahirrahmanirrahim

Sepanjang hayat aku, seingat aku lah, aku memang tak gemar berkawan dengan lelaki. Dulu aku tak tau kenapa. Yang penting aku cepat annoyed, menyampah, benci tak bertempat dan macam-macam perasaan negatif dekat kaum lelaki. Bila dah besar dan discover sesuatu, baru aku faham kenapa aku ada perasaan macam tu. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita tentang seorang lelaki. Satu-satunya lelaki selain ayah dan adik yang aku selesa dengan kehadirannya.

Tak lain tak bukan, suami aku sendiri.

Beliau ialah seorang lelaki yang sangat luar biasa di mata aku. Sebelum kahwin, tak nampak langsung keluarbiasaannya tu huhu. Orang kata jodoh ketentuan Allah kan :) Semua yang luar biasa nampak lepas kahwin. Atau mungkin perkahwinan mengubah kami berdua. Aku makin menghargai, dan beliau semakin matang.

Dulu, di suasana kerja ku dahulu, semacam ada pertandingan senyap suami siapa paling gentleman, suami siapa yang pandai retail, suami siapa yang pandai present, suami siapa paling ringan tulang, suami siapa itu, suami siapa ini. Keadaan itu sangat sangat sangat tidak sihat bagi aku. Tak perlu diceritakan lebih panjang. Kini, aku seorang WAHM, working at home mom. Menjaga permata hati dan juga menguruskan perniagaan Wadhiah Clothing.

Suasana yang berbeza ini membuatkan aku mengenali suamiku dengan lebih dekat dan juga tanpa prejudis. Kedengaran seperti jahat kan. Tapi sejujurnya itulah aku. Skeptikal tahap giga. Sebab tu aku suka untuk menuntut ilmu yang betul, mendapat maklumat dari sumber yang benar-benar sahih. Aku tak mudah percaya sesuatu berita atau kenyataan melainkan ada bukti kukuh.

Suamiku seorang yang sangat bertoleransi dalam urusan rumahtangga. Beliau boleh cuci bilik air, boleh basuh pinggan, boleh masak, boleh iron baju sendiri, boleh sapu rumah, boleh mop lantai. Katakan apa saja. Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami ku.

Suamiku seorang Abah yang bagiku sangat luar biasa sifat penyayang dan lemah lembutnya. Seringkali dalam hidup aku melihat watak seorang Ayah yang tak banyak cakap, selalu tengok tv, tak layan anak cakap/main, tak tolong jaga anak kalau keluar, pergi kerja balik kerja tidak luangkan masa dengan anak sebelum tidur. Tetapi suamiku sangat berbeza. Permata hatiku dikurniakan oleh Allah, Abah yang sangat menyayanginya, sepenuh hati. Suamiku selalu mandikan anak, bagi makan anak, main dengan anak, bacakan buku untuk anak, bawak anak keluar main. Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami ku.

Suamiku kerja 9am-6pm, seringkali aku mendengar orang yang bekerja sendiri mengagungkan keistimewaan dapat bekerja dengan anak, dapat melihat anak membesar depan mata. Sejujurnya aku katakan, suamiku walaupun bekerja tetapi anakku dan beliau mempunyai satu hubungan yang istimewa dan mereka mempunyai hubungan kasih sayang yang kuat. Setakat ini, tak pernah lagi dirasakan suamiku seperti terlepas apa-apa perkembangan permata hati kami. Beliau sentiasa dengan kami di waktu biasa atau waktu istimewa.

Terlalu banyak memori susah dan senang bersama dengan suamiku. Kini kami telah berkenalan selama 8 tahun, berkahwin selama 4 tahun, tetapi aku masih lagi kagum dengan personaliti beliau yang semakin hari semakin menambat hatiku. Sangat jauh berbeza, dari saat pertama berkenalan sehinggalah hari ini. Mungkin aku juga sama. Betul lah orang kata, 10tahun pertama perkahwinan baru fasa pertama berkenalan. Jauh lagi perjalanan kami.

Suamiku ada masanya berkata kepada aku, "Dua hari hujung minggu ni, rehat je. Biar saya buat semuanya" Dari mandikan anak pagi dan petang, layan anak, masak tengahari dan malam, kemas rumah, suamiku luar biasa. Walaupun beliau sendiri bekerja Isnin-Jumaat, keluar rumah 7am, balik rumah 7pm.

 Orang sering berkata, "oh kalau suami tolong itu dan ini baru nak sayang?' Itulah realiti kehidupan, kita menyentuh hati orang dengan kebaikan, kejujuran dan keikhlasan; hatta pasangan suami isteri, adik-beradik, ibu bapa. Bukan dengan orang asing atau kawan-kawan sahaja.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur mendapat beliau sebagai suami. Semoga Allah merahmati beliau dan memberkati perkahwinan kami seterusnya merealisasikan pertemuan kami seterusnya di syurga.

Tuesday, September 29, 2015

Apa Perlunya

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa perlunya beritahu satu dunia
Membuka pekung manusia lain
Sedang tanpa disedari
Terbuka pekung pekung silam mu

Apa perlunya sindiran sana sini
Lebih manis bertanya terus
Anggapanmu tak selalu tepat
Empunya diri terluka sangat

Apa perlunya menagih bantuan
Tatkala sendiri berada di bawah
Orang berbudi kita berbahasa
Jangan jadi kacang lupakan kulit

Apa perlunya berada di atas
Seperti lupa diri.
Tak memandang bawah
Walau sekali.

Batu Caves
30 Sept 2015

Saturday, April 4, 2015

20 Minggu Menjadi Ummi

Bismillahirrahmanirrahim..

Eloklah aku rakam dan catit pengalaman baru menjadi seorang Ummi sebelum Ahmad Afnan makin besar dan aku pun makin lupa early moments ni.

Dan sekarang pun Masya Allah kadang-kadang sebak sorang-sorang bila tengok pembesaran Afnan. Dari baby yang tau communicate menangis je sampai sekarang dah stage pre-crawler dah.

Masa 40 hari pertama, all I did was menyusu kan Afnan je.

Tidurkan die; sama ada die sendiri, suami, pembantu rumah, ayah aku, mak mnetua aku.
Mandikan die; suami atau pembantu atau mak atau mak mentua.

Afnan kena kuning tapi awal pagi je kuningnye, pastu dah takde. Tapi hari-hari nurse suruh pegi klinik. Tapi takde ape pun, ambk darah tengok bacaan, esok datang lagi. tu je huhu. So pernah la sekali ktorang tak datang, nurse cari wo kat rumah huhu. Pastu last last klinik refer ke hospital sebab kuning tak turun (sebenarnya dah turun, tapi kalau ikut age Afnan masa tu kire kena pantau lagi la) tapi ktorang tak pegi hospital dan terputus la hubungan dengan klinik tu. And kuning Afnan pun beransur elok dan sihat Alhamdulillah.

Bila dah habis pantang bermula kehidupan sebenar kami bertiga, aku suami dan Afnan. Apa yang sangat penting untuk ibu-ibu lepas bersalin, pastikan pantang dengan baik supaya boleh cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Kalau kita tak sihat, seriously memang takde kekuatan nak urus rumah tangga. Sebab sakit. Baru lah aku faham kenapa Ummi selalu tekan kan tentang kesihatan, ye lah die bertanggungjawab ke atas suami dan anak-anak kan. Kalau die yang tak sihat mestilah risau, tak senang hati, tak boleh buat benda lain kan.

So bila dah habis pantang dan suami start kerja semula (Alhamdulillah, suami cuti lama, beberapa hari sebelum bersalin sampai umur Afnan nak dekat 2minggu), bangun pagi, mandikan Afnan, breakfast. Masa umur ni Afnan kerap menyusu dan tidur. Most of the time memang aku terlajak lunch, ambat gle pkul 3pm/4pm baru sempat nak makan. Basically tu je la, malam tidur. Masa umur ni Afnan bangun 2-3kali sepanjang malam untuk menyusu.

Alhamdulillah Allah kurniakan Ahmad Afnan seorang yang sangat org kata easy-baby. Senang sendawa, senang buang angin, tak pernah sekali pun muntah sampai la die pandai hisap jari. (sebab bila hisap jari lagi banyak udara msuk mulut, perut tak sedap pastu muntah). Senang tidur, tak kuat menangis, kalau menangis haluuuuuus je mase tu ek ek ek gitu heheh basically memang Alhamdulillah sangat.

Masuk umur 2-3 bulan. Afnan dah banyak development Alhamdulillah,before ni tangan and kaki tak boleh nak control gerak, macam frantically goyang goyang la, masa ni dah gradually smooth je, kalau takde ape boleh duduk diam. Movement mata pun dah okay. Believe it or not, masa awal awal tu serius kadang-kadang tengok mata Afnan macam juling, tapi rupanya memang baby macam tu, ye la semuanye nak adjust kan. Dalam perut, mata tutup je. Berat Afnan pun Alhamdulillah, naik dengan baik.

Masa ni kadang-kadang serius taktau nak buat ape dengan Afnan. Nyanyi, baca buku, tunjuk gerak tangan, tunjuk flash card, mata die follow. Basically tu je. Die taktau banyak lagi. Kadang-kadang mati kutu.

4-5 bulan best sikit. Afnan dah boleh grab barang, bergolek, dan baaaaanyak sangat cakap. Seronok Alhamdulillah. Boleh bgtau la ape yang die nak, tona nangis berbeza-beza, tona jerit lain-lain. Boleh tau la die nangis sedih ke mengada-ngada ke, lapar ke, penat ke. Boleh tau terus die nak tido, die tunjuk dengan gosok mata. Kalau nak sendawa ke buang angin ke gosok telinga. Tiarapkan je mesti keluar angin heheh. Sekarang die boleh tiarap from back to tummy, tapi dari tummy ke back tak boleh lagi. Tapi seronoknye die dapat bergolek tu sampai masa tidur pun bergolek, pastu terbangun terkejut kenapa dah meniarap pulak ni, nangisss heheh.

And Afnan graduates from mandi air suam, dah boleh mandi air biasa Alhamdulillah.

Overall, amazing experience and journey Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Hanya seorang ibu tahu dan faham apa yang terjadi kepada seorang ibu yang lain.

Semoga aku dan suami menjadi Ummi dan Abah yang menjadi contoh terbaik kepada anak-anak sebagai Muslim, berpandu Quran dan Sunnah, berkemahiran dalam menjalani kehidupan di masa akan datang. Semoga Afnan dan adik-adiknya akan datang menjadi anak-anak yang soleh, taat Allah, Rasul, Ummi Abah, menjadi permata Agama, dan Masyarakat. Amiin..