Thursday, April 10, 2014

Our First Joy: When We Found Out

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu doa yang aku ulang2 dalam setiap tahajud, setiap kali tawaf, setiap saat semasa di Tanah Haram ialah,

"Ya Allah ya Tuhanku, eratkan kasih sayang antara aku dan suamiku, kurniakan kami cahaya mata, zuriat kami sendiri ya Allah. Kurniakan kesihatan yang baik untuk kami sumi isteri, zuriat yang sihat dan sempurna. Jadikan anak-anak kami anak yang terbaik untuk kami, dan jadikan kami ibu bapa yang terbaik untuk mereka, dan jadikan kami sekeluarga hamba2 Mu yang soleh, pembantu agama dan menjadi penghuni syurga"

Aminn..

Kat Tanah Haram kan majoriti perempuan semua pakai jubah hitam, on my last night in Makkah, ada sorang budak ni keep mistakenly think I'm her mother. A very cute one. Masa tengah solat, pegang jubah peluk kaki, I can't help but cried...

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Usia perkahwinan kami ialah 2 tahun 5 bulan 16 hari semasa HPT (Home Pregnancy Test) kami untuk pertama kali nya positif.







*sebelum ni pernah positif jugak but that was a missed miscarriage.

Sepanjang kami TTC (Trying To Conceive), aku banyak baca blog-blog pengalaman ibu-ibu atau pasangan yan baru kahwin, dan yang sedang TTC jugak. Ramai pasangan baru kahwin, baru 5 bulan, 6 bulan berkahwin, sangat-sangat depressed when it comes to become pregnant.

My advice untuk semua, Allah knows when we're ready, dan kita sendiri pun tahu bila kita betul-betul sedia nak anak instead of following orang lain punya plan. Once, aku pernah jugak stress, tapi lama-lama boleh control.

So our journey how we found out about our first joy are like these ( I decided to write it as a diary, something I would totally cherished along the way insya Allah) :

1. 4 February Muntah n sakit kepala (maybe masa conception berlaku, 2 hari berturut2). Before muntah and sakit kepala ni, I noticed ada keputihan tiba-tiba, selama ni tak pernah ada.

2. Bloating, angin dlm perut yg sangat2 dasyat, batuk teruk.

3. Kalau period nak dtg, biasanya jerawat keluar, tapi kalini takde jerawat keluar.

4. Haus sentiasa.

5. 27hb UPT positive, so far no morning sickness Alhamdulillah.

6. Kadang2 ada rasa macam period pain. Berpeluh tahap dasyat.

7. 2hb Mac scan kat Poliklinik An Nisa Seksyen 7 Shah Alam, tak nampak apa2. But the Doctor kata rahim tebal and its preparing for the baby. Buat lg skali UPT kat klinik, Alhamdulillah positive. Doc kata insya Allah pregnant. :) doc kata dah 6 minggu. Tp sebenarnye 5minggu kot, lupe tarikh period -_-"

8. Berat 2 Mac 50kg

9. Hint of nausea once in a while.

10. Indahnya aturan Allah. Masa kat Mekah, beli banyak kacang almond. Bila balik Msia bagi2 orang, still banyak berlebih. End up almond tu jadi snacking hari2. And guess what? Almond antara sumber natural acid folic. Alhamdulillah alhamdulillah. Almonds — 1 cup = 46 mcg pf folate. And one more, masa shopping groceries early february tu, aku beli banyak strwberries sbb nk snacking n buat smoothie. Strwberries pun ada folic acid! :D  Strawberries — 1 cup = 25 mcg of folate. Selalu orang ambik pil folic acid ni, masa TTC and sepanjang first trimester untuk bantu perkembangan baby dalam perut. :) Now I'm taking oranges and brocolli as my source of folic acid. Oranges — One orange = 40 mcg of folate.

* A pregnant mom needs 400mcg of folate per day

11. 5hb Feb start loya dan muntah2. Maybe morning sickness. Another 9days to first doc appointment.

12. Always lapar but no appetite. Makan bubur + sup + fruits everyday. Pastu muntah.. :) bila start morning sickness, alhamdulillah batuk dah berhenti.


13. 15 Mac, pegi klinik, Alhamdulillah jantung baby ada heartbeat. Dapat ultrasound scan yang pertama. Dapat tengok heartbeat baby, Alhamdulillah. Informed our nucleus family and bestfriend. Next appointment 5 April insya Allah, sebab tarikh last period aku bagi tak sync dengan development baby so doc tak yakin lagi nak letak due date.

14. Satu benda yang tak boleh terima ialah air kosong. Tapi air kosong sgt2 penting. Alhamdulillah ada Herbalife, boleh add on Aloevera or Teamix bg ada rasa sikit. :)

15. Makanan yang tak boleh terima (sebab tekak kembang, kalau makan jugak, muntah2): telur, makanan banyak sangat minyak. Hari2 makan pasta, roti with PB&J, sandwich and fruits. Tak makan luar langsung. Constantly lapar; every 2-3 hours I have to eat. Kalau keluar kerja, bawak siap2 bekal snacking; apples, jambu, strawberry, roti with PB&J, dan aloevera.


Penne with Traditional Prego sauce and sausages. (Lama2 muak jugak makan ni je heheh)

Creamy Buttery Homemade Mashed Potato. Yum!

16. What I take as supplement and penyelamat loya are:


Penyelamat loya
 Herbalife Formula 1 adalah the only thing I can take first thing in the morning after waking up to ensure my whole day is OK. Kalau ambik makanan lain first thing mesti throughout the day lembik, loya, sakit kepala, menggigil etc. Alhamdulillah for the nutritious shake, and delicious too! Sangat bersyukur because I'm giving nutrition for my body and for the growth of the baby at the same time.

Herbalife Aloevera Concentrate adalah penyelamat loya throughout the day. Bile rasa-rasa nak loya terus buat aloe, Alhamdulillah, I'll feel much better. Kalau rasa taknak minum aloe, I'll take the Eclipse heheh.


Supplement

I take the Herbalife Calcium Plus, and folic acid that I get from the clinic. Both untuk growth yang kuat and sempurna untuk baby and the mother insya Allah.

17. Masuk 8 weeks, constipation tiba-tiba jadi teruk huhuh, macam berperang sangat nak melepaskan hajat. And hint of sakit pinggang dah mula rasa sikit-sikit. Makin banyak benda tak boleh makan, sekarang makan nasi kosong je..

18. Went back to Ipoh, rai adik ipar baru balik dari Jepun, baby really likes Opah's cooking!! Yumm! Never once tak selera makan, and jarang muntah banyak. Alhamdulillah..

19.  9 April. Alhamdulillah checkup lagi skali, and baby dah 11 weeks, this time development baby dah sync with my last day of period. 



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Seronok sangat tengok jantung baby beating, pastu tangan die gerak gerak, tolak tolak hehehe. Doc kata, "Aktif die ni" :D





So we can officially announce, we're pregnant!! :D May this pregnancy journey brings wonderful moments, new knowledge and skills, brings the better of us, strengthen our love to each other and to the Creator. May everyone is in good health, smooth pregnancy and elivery when the baby come to the world. Aminn.


 

1 comment:

  1. alhamdulillah dear... so happy for u!

    Congrats!!

    Take care ok... ;)

    ReplyDelete