Monday, January 4, 2016

2016: Health, Fit, Beauty

Bismillahirrahmanirrahim.

There goes my azam for 2016.

Sejak ada sedikit krisis kewangan, aku totally stop Herbalife from my daily intake. Rasa bersalah dekat badan sendiri. Tengok dan analyse diri sendiri dulu dan sekarang, urghhhhh jauh beza. So sekarang ada duit sikit dan insya Allah nak susun budget elok elok, kita azam untuk tak putus bekalan Herbalife setiap bulan. Kalau ada duit lebih, sikit sikit kita upgrade. Amin.

Jan 2016

Herbalife F1 Choc dan Teamix 5 Jan 2016

Apa yang terzahir kat kulit kita itulah apa yang ada dalam badan kita. So aku ambik gambar aku bertarikh 5 Jan 2016, nanti kita tengok improvement insya Allah end of this year ok.
Kulit menggerutu huhu, jerawat kecik (or taktau la ape biji biji kecik merata rata kat muka ni) sana sini, bawah mata gelap, bibir gelap, kulit kering, flaky, warna kulit tak sekata, kusam, overall memang tak sihat la! Serious tak confident tengok muka sendiri huhu. Kadang-kadang terfikir nak cover dgn compact powder ke, tapi buat ape la cover kalau hakikatnye memang kulit teruk pun.





Jadi usahanya ialah herbalife intake, minum air kosong konsisten minimum 2l sehari.

Tu pasal herbalife intake dan kulit.

Second benda penting, nak kempiskan perut yang buncit!! Boleh je nak salahkan pregnancy tapi bagi aku itu satu mitos. Seriously mitos! Benda yang boleh disalahkan ialah bagi perut ni makan apa, waktu makan bila dan sedar sedar la nak masuk 30 tahun, kena la exercise, tolong sikit badan tu.

So untuk buncit - jaga makan (herbalife jugak) banyak snacking buah bukan benda mengarut dan workout, jog.

Sebab tengah pantang so workout dan jog kita start February 2016. Yang makan makan ni dah boleh start dah. Workout dan jog, semoga boleh increase energy level, alertness, sentiasa aktif untuk Afnan.

Menjadi contoh ibu yang sihat untuk Afnan. Bukan sahaja contoh, memang crucial pun untuk parents sentiasa menjaga kesihatan. Obvious sangat la kan kenapa. Parents kot. Kalau asyik penat la, sakit la, memang susah la nak menjalankan tanggungjawab parents - anakanak dah la banyak energy setiap masa. Bila penat dan tak sihat, otak pun susah nak function dengan baik, pastu nak marah marah je. Kesian anak.

So itu jelah azam 2016. azam spiritual ade tapi tu buat catatan private la. NAnti dah achieve kita kongsi apa manfaatnya insya Allah.

For a better 2016. Amiin.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete