Monday, October 28, 2013

Closet Heart

*ini adalah entry bergambar

Bismillahirrahmanirrahim.

Siapa pernah dengar Closet Heart? First time aku kenal nama ni, masa tu tengah go through facebook. Biasa lah facebook sekarang banyak iklan online shop kan? Dari situla aku nampak nama Closet Heart ni. Usha2 facebook CH ni, macam best je. Tapi masa tu aku taktau alamat dorang kat mana.

Satu haritu, aku nampak status CH tulis, (lebih kurang, tak ingat dah),

"Closet Heart akan berada di Citta Mall"

So masa tu ada kelapangan masa dan rezeki, aku ajak la suami aku pegi. Semangat ni! Aku memang selalu jugak beli barang online, tapi ni first time nak jejak kaki ke physical shop  yang tau dari internet.

Sampai2 je kat Citta Mall, cari punya cari, pusing punya pusing. Tak jumpa. Hampa jugak la masa tu. Aku bukak lagi FB dorang, rupanya kat situ dorang cuma bukak booth. Butik dorang yang sebenar dekat area Mydin Subang tu. So pegi terus jugak la masa tu. Sekali pegi tutup pulak huhu. Sedihhh.. Kami pun balik tapi dengan azam nak pergi lagi sekali.



Balik tu, aku pun buat research, so CH ni punya opening hours ialah:

Everyday 9am-6pm 
EXCEPT
Thursday ( Break for Usrah : 12pm-2pm)
Friday ( Break for Friday Prayer : 12pm-2pm)

Akhirnya dengan hasil research aku berjaya jugak jejak ke butik dorang hehe. Dan memang tak menghampakan! Aku takde la dah beli banyak sangat penuh satu almari, tapi yang aku beli memang aku selalu sangat pakai. :D Suka sangat!


Koleksi Closet Heartku hehe baru perasan semuanya shades of pink/purple :D

Kenapa aku suka Closet Heart punya produk?

1. Labuh memang labuh yang sepatutnya orang perempuan pakai. Untuk blouse la kan. :)

Wangsa Maju, 2013

Eidul Fitr, Ipoh, 2013

2. Takde cutting. Kadang2 kita dah jumpa blouse/top labuh tapi ada cutting pulak kat pinggang. Perfect ikut apa yang Islam gariskan. Tahniah Closet Heart!


Bangkok, 2013

Macau, 2012

3. Quality kain. Best! Lembut, flowy, tak kasar, bila basuh pun tak shrink or mengembang. Pakai lama2 pun masih stay sama macam baru. :D


Trick Art Museum, i-City Shah Alam, 2013



KLIA, 2013

4. Design simple! Aku sangat suka. Kalau start keluar design baru pun, simple, nice, comel! ;) Disebabkan design yang simple yet elegant ni, aku sebagai Herbalife Independent Distributor, boleh guna untuk pergi formal events, pergi buat roadshow, pergi bagi flyers, pergi appointments one-to-one dengan prospects/customers, travels, atau nak jalan2 casual. Semua perfect and sesuai!


Putrajaya Marriott Hotel, 2012

Semua tadi tu reason untuk blouse/top. Aku ada jugak beli Instant Shawl Closet Heart. Masa aku mula2 beli, memang I can say dorang yang mula2 jual instant shawl. Aku ada beli tiga warna je, hitam, pink, purple. Lepas ni insya Allah boleh tambah koleksi yang printed pulak hihi.


Bukit Gambang Resort City, 2013

Bukit Jalil, 2013

Taman Melawati, 2013

6. Instant Shawl aku suka sebab tak payah pakai pin boleh. Cepat and ringkas je nak pakai, memang instant betul la. Labuh pun labuh. ;)


Tasik Seksyen 7, Shah Alam, 2013

Sebelum ni aku gigih cari top yang labuh, takde cutting, simple tapi memang susah. Dari satu kedai ke satu kedai, kena round banyak2 kedai baru boleh jumpa. Sekarang ni pun, walaupun dah banyak dah yang jual top yang lebih kurang sama, tapi consistency design product tu susah la nak jumpa. Kejap design bulan ni okay, bulan depan dah singkat dah, bulan depan lagi, dah ketat pulak etc etc.


Macau, 2012

UIA Kuantan, 2013
Lagi satu yang aku suka Closet Heart, harga berpatutan. Untuk kualiti yang di-offer, price range tak mahal sangat, dan tak murah sangat. Semua dalam gambar2 ni semua aku dah pakai banyak kali dah cuci banyak kali, Alhamdulillah condition tiptop!

K-Club, Taman Melawati, 2013

Ipoh, 2013
Aku tak dibayar pun oleh Closet Heart hehe. Just because ramai yang bertanya je. Baru2 ni Closet Heart dah berpindah ke lokasi butik baru, lagi cantik nampak dalam gambar, belum jejak lagi hehe. And design2 baru dah keluar! Tengok sendiri kat FB dorang: Closet Heart Official atau Instagram: closetheart

Tapi aku memang lagi suka datang butik berbanding purchase online. Selain dapat try2 and rasa sendiri kain tu, Closet Heart punya online service masih banyak boleh di-improve dari segi respon dan system yang lebih baik. ;) Terus ke butik aja dong! So, ni alamat dorang, jom datang butik Closet Heart! :D

1-9, Jalan USJ Sentral 2, Persiaran Subang, 47500, Subang Jaya, Selangor. (Tingkat 1)

Eidul Fitr, Ipoh, 2013

No comments:

Post a Comment